Monday, July 6, 2015

Pengenalan Bayu Wellness.


Teks : Abdullah Mahmood

Assalamualaikum. 

  Bayu Wellness merupakan satu jenama dibawah syarikat Bayu Sejagat Sdn. Bhd. Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk berkongsi panduan cara hidup sihat berasaskan makanan semulajadi tanpa sebarang bahan kimia atau makanan tambahan yang diproses. 

  Bayu Wellness telah beroperasi pada akhir tahun 2014 dalam industri kesihatan sebagai pengedar kepada beberapa jenama produk kesihatan. Pada tahun 2015, kami melangkah maju setapak untuk mempromosikan cara pemakanan yang sihat dalam masyarakat negara kita.  

  Misi kami adalah untuk memberi kesedaran tentang gaya pemakanan yang sihat kepada orang awam terutamanya penduduk luar bandar. Hal ini kerana kebanyakkan daripada mereka agak ketinggalan tentang perkembangan kesihatan dan lebih ramai yang berisiko terdedah kepada penyakit berbahaya. 

  Dengan usaha yang sedikit ini, kami berharap ia mendapat keberkatan daripada Allah swt. 

Terima Kasih.